Wednesday, 25 May 2011

NORA'S CHOC bersama student Politeknik Sultanah Bahiyah..

NORA'S CHOC amat berbesar hati kerana sering dijadikan bahan rujukan kepada student perakaunan dari Politeknik Sultanah Bahiyah untuk menyiapkan tesis tahun akhir mereka...semoga mereka ini akan berjaya menjadi usahawan juga..




Door Gift 2pcs with Almond & Durian Falvor

Order ini dari Kak Faridah untuk kawannya , yg  kebetulan melihat gambar ni kat facebook saya..Kak faridah ni salah seorang dari org yg memberikan sokongan kpd NORA'S CHOC sejak dari awal penubuhan kami..

NORA'S CHOC amat berbesar hati untuk menyiapkan tempahan ini walaupun terpaksa bersengkang mata hingga ke pagi..








Sunday, 22 May 2011

Wedding Door Gift lagi..

Dizaman yg serba mahal ni..everything must be practical..kita nak bagi  hadiah utk tetamu yg datang..dalam masa yg sama budget yg ada perlu diambil kira..Cantik! Murah dan Sedap..kurangkan pembaziran..semoga hadiah yg kita berikan mendapat keberkatan...

Tuesday, 17 May 2011

Paling Panas..Paling Laris..SMILLEY CHOC

Ini le produk yg paling tinggi permintaannya..SMILLEY CHOC..ianya sentiasa membuat saya tersenyum..

Order from Umi Norzie..

Tempahan berulang dari Umi Norzie, SRINPEK untuk sambutan Hari Guru disekolah beliau..

2nd order by Kak Hana..

Tak sampai sehari selepas Kak Hana order untuk anak murid dia..tempahan ke-2 menyusul pula..katanya "tak cukup stok hari tu.., tak sampai sejam dah sold out "..

Teacher's Day Gift lagi..


Ini pula tempahan dari pelajar SMKK untuk Sambutan Hari Guru di sekolah mereka..

Teacher's Day Gift

Apa jua kehendak pelanggan, pasti akan dilayan..produk yg asalnya utk doorgift, berubah menjadi Teacher's Day Gift...apa2 pun kita layan je..

Wednesday, 11 May 2011

Door Gift 3pcs


Tempahan dari Kak Hana..yg mengajar di SK Sg. Karangan , Kulim..pelanggan tetap saya ni..anak2 murid dia sentiasa menantikan kehadiran coklat darinya..Berkat doa Kak Hana sewaktu beliau menunaikan fardu haji tahun lalu..tempahan tak pernah putus..Alhamdulillah..terima kasih Kak Hana..

Teachers Day Gift



Ini tempahan dari Cikgu Ainonnazli dari SK Changkat Jong..Teluk Intan Perak untuk majlis sambutan Hari Guru 16 Mei disekolah beliau..semoga berpuas hati dengan produk kami..

Jambangan Mawar Merah

Memang impian saya nak bagi kesedaran pada masyarakat supaya kurangkan pembaziran..tapi macam mana..selalunya kita bagi jambangan bunga untuk meraikan sesuatu yg istimewa..mahal tu..lepastu layu pulak..so ini solutionnya..bagi jambangan bunga yg dibuat dari coklat..TANPA PEMBAZIRAN..bunga dapat coklat pun dapat..
Cantikkan..sama je dgn jambangan bunga yg kat kedai tu..bezanya ia boleh dimakan..

Wednesday, 27 April 2011

Customer CILIK NORA'S CHOC

Kecil jangan disangka anak..besar jangan disangka bapa..itu peribahasa melayu..ada kebenarannya..mana tahu satu hari nanti mereka didalam gambar ini bakal menjadi usahawan pula..hari ini kita biasakan mereka berniaga kecil - kecilan disekolah..tapi satu hari nanti mereka bakal bergelar usahawan...bak kata pepatah melentur buluh biarlah dari rebungnya..anak2 kaum cina telah lama mengamalkannya..sbb tu kebanyakan kaum cina berniaga..mewarisi ibu bapa mereka..
Ini gambar wakil jualan saya..masih muda..tapi begitu berminat utk berniaga..dengan budak2 ni kena banyak bersabar..almaklumlah budak lagi..dia bagi order pukul 7 mlm ( baru balik sekolah tu )...pkl 10mlm dah nak amik..sbb esok pagi dah nak bawa ke sekolah..sabar..layan je..Tabik SPRING dgn semangat mereka..
Ini le hasilnye..kena pack dan asingkan ikut apa yg diminta oleh kawan2nya..

Sunday, 24 April 2011

Friday, 22 April 2011

Tempahan dari Umi Norzi

Red Roses pilihan Umi Norzi utk ahli Persatuan Bahasa Malaysia..

New Chocolate box

haa..ini chocolate box terbaru..sesuai utk dijadikan hantaran..cantikkan..harganya agak mahal sikit..tapi berbaloi utk insan tersayang..

Tuesday, 19 April 2011

SMILLEY CHOC

Alhamdulillah..berkat sokongan dari adik2 SKL telah meningkatkan lagi kreativiti NORA'S CHOC..produk terbaru kami SMILLEY CHOC kini berada dipasaran..(SKLJ)..dapatkannya esok pagi..harga dijamin berpatutan..
Semoga SMILLEY CHOC dapat menceriakan hari anda semua..

Sunday, 17 April 2011

Latest Choc Box

Choc Box ni paling terkini..tak pernah buat lagi..dan belum ada customer lagi...gambar ni pun ikhsan dari LOvelychocolate Mould..siapalah agaknya bakal jadi pembeli pertama..kena bagi harga promosi nie..

Wednesday, 13 April 2011

Jambangan Mawar Merah untuk GURU..

Untuk perayaan hari Guru tahun ini NORA'S CHOC menyediakan pelbagai variasi jambangan Rose Coklat untuk dihadiahkan kepada guru-guru anda tanda penghargaan anda atas segala jasa dan pengorbanan mereka....Hadiahi mereka dengan jambangan coklat mawar ini tanda penghargaan anda..

Mawar Merah utk Si Dia..

Lazimnya sidia menanti hadiah dari anda dihari lahirnya...Jadikan kuntuman coklat Mawar Merah ini sebagai hadiah untuk sidia..pasti dia gembira apabila menerima dua hadiah dalam satu masa..coklat dan bunga..

Mawar Putih untu Ibu..

Semperna Hari Ibu yg akan menjelang tiba ..NORA'S CHOC melancarkan produk Mawar Putih utk IBu..setulus kasih suci seorang ibu..walaupun tidak layak dibalas dengan kuntuman mawar..tetapi mawar putih lambang kasih sayang seorang ibu..