Saturday 24 September 2011

Inilah Kisahku

 Artikel ni saya copy & paste dari blog asal iaitu http://www.noraschoc.webs.com, blog tersebut masih ujud ..cuma kesuntukan masa utk mengupdatenye..

 Bukanlah niat saya untuk menunjuk -nunjuk atau membangga diri..cuma berharap ianya boleh dijadikan pedoman kpd mereka yg baru berjinak - jinak dalam bidang ini..

NORA'S CHOC

  Bermula dengan perbualan dengan seorang kenalan yang sudah lama saya kenali ( rasanya sejak berkahwin ), siapa sangka seorang graduate jurusan Elektrical Engineering Communication, kini berjawatan suri rumah sepenuh masa boleh menjadi seorang usahanita.
    Tidak pernah termimpi pun untuk saya menjadi seorang businesswoman. Saya pernah menjawat jawatan sebagai seorang superviser di Shah Alam. Apa yang saya tahu tentang perniagaan......zero. Tapi adala masa kat "u" dulu berlajar subject management and business study . Itupun satu semester je.
   Dah namanya wanita... manakan boleh berpisah dengan dapur. Setinggi mana pun pangkat dan kedudukan kita, dapur dan wanita tidak dapat dipisahkan...Andai dipisahkan... pincanglah wanita tersebut.
   Tapi wanita yang "educated" tahu mengeksploitasikan dapurnya ketahap yang maksimum. Bukan  setakat untuk menyediakan juadah makanan untuk keluarga....tapi boleh juga digunakan sebagai "ruang pejabat yang beroperasi 24 jam".
  Itulah saya....Nora Rashid.. tuan punya NORA'S CHOC.  Pejabat saya kat dapur je. Anak - anak  depan mata...klik saja kat komputer ni....so, kerja saya pun bermula. Falsafah saya senang je.. MASAKLAH DENGAN PENUH RASA KASIH SAYANG.....MASAK DENGAN SEPENUH HATI..resepi saya TABURLAH APA JUA YANG DIMASAK DENGAN SELAWAT DAN ZIKRULLAH....petua saya BANYAKKAN BERSEDEKAH DALAM URUSNIAGA, BIAR ALLAH YANG MEMBAYAR HARGANYA.
  Mulakan setiap pekerjaan dengan BISMILLAH, sudahi dengan ALHAMDULLIILLAH. Bila  terasa susah sebutlah ALLAHUAKBAR.  INSYAALLAH BERJAYA DI DUNIA DAN AKHIRAT JUA.    


Bismillahirrahmanirrahim....begitu cepat masa berlalu...diam tak diam dah setahun Nora's Choc beroperasi.. syukur..sambutan diluar jangkaan..Masyarakat kita kini lebih bijak membuat pilihan..Pastinya produk yang halal buatan muslimah menjadi pilihan.
Seseungguhnya terlalu banyak duri dan ranjau yang perlu ditempuhi untuk mencapai sebuah kejayaan. Sokongan padu dari suami tersayang dan anak - anak menjadi sumber kekuaatan dalam diri ini untuk lebih maju kehadapan. Tidak lupa juga doa restu dari mak dan abah yang sentiasa mendoakan kejayaan untuk anaknya yang baru merangkak dalam bidang perniagaan.Rasa terharu dalam diri ini apabila melihat anak-anak begitu bersemangat mempromosikan produk kepada rakan - rakan mereka. Minta sebarang pertolongan...secepat kilatlah mereka datang .
Syukur Alhamdullillah..rezeki ini datang dariMU ya Allah..sebagai hamba, kami amat-amat mensyukuri nikmatnya..Sembilan dari sepuluh pintu rezeki itu datang dari perniagaan..memang terbukti benar..Berniaga itu sunnah nabi Muhammad s.a.w..itulah yang kami lakukan. Rezeki itu bukan terletak pada wang ringgit semata-mata..pengertian rezeki itu amat luas..seluas lautan..
Ya Allah..jadikanlah pekerjaan kami ini lebih mendekatkan diri kami kepadaMU dalam apa jua cara..bukan setakat duduk atas sejadah sahaja..malah segala pergerakan anggota badan ini..dekatkanlah kami kepadaMU...Jadikanlah kami hamba mu yang sentiasa mensyukuri nikmatmu..sentiasa mengingatimu dalam apa jua keadaan.
 Terkadang kami juga alpa...lantaran kesibukan menyiapkan tempahan..terkadang kami juga lalai mengejar kemewahan..oleh ituYa Allah ringankanlah tangan kami ini untuk bersedekah dan berbuat amal jariah.                                                        22 may 2010  11.55 mlm


Khasiat coklat

Mungkin ramai yang beranggapan coklat menggemukkan...sebenarnya tidak..mari kita kongsikan beberapa khasiat coklat.
1.Coklat merupakan pilihan popular dan diminati dalam meningkatkan keinginan seks. Coklat mengandungi phytichemical yang meningkatkan edaran darah dan kandungan enderphins, kimia yg membuat rasa gembira yang meningkatkan daya seks.
2. coklat juga mengandungi serotonin iaitu kimia semula jadi yang menenangkan fikiran dan berfikiran positif.
NORA'S CHOC MELANGKAH SETAPAK LAGI.
Alhamdulillah...kini produk NORA's CHOC boleh didapati melalui pesanan pos..setelah beberapa testrun dijalankan..Ternyata Produk ini boleh dipasarkan ketempat lain melalui khidmat pos laju..antara pelanggan yang aktif melanggan dan memasarkan produk ini secara pos ialah Puan Faridah Marni dari Rawang. Malah beliaulah yang menjadi pendorong saya untuk memasarkan produk ini secara pos. Yang pentingnya..Produk NORA'S CHOC masih mengekalkan mutu coklat TANPA SEBARANG BAHAN PENGAWET. Selamat dan Suci untuk semua pengguna menjadi keutamaan produk kami..   17 Julai 2010
 Bungkusan kiriman Pos Laju yang mengandungi produk NORA'S CHOCs, video
Kondisi coklat yang diterima oleh pelanggan melalui kiriman pos...tidak cair..

AMARAN KERAS DARI NORA'S CHOC.
JANGAN SEKALI -KALI MENINGGALKAN COKLAT DIDALAM BONET KERETA , SAMADA UTK SINGGAH KE KEDAI  ATAU PUN SEMASA MENUNAIKAN SOLAT JUMAAT. JANGAN LETAKKAN COKLAT DALAM BONET KERETA SEMASA DALAM PERJALANAN JAUH..
 30 sya'ban 1430 Hijrah

TIDAK PAPA DENGAN BERSEDEKAH...
saya begitu tertarik dengan artikel yang dipaparkan dalam majalah Anis Edisi Ramadhan..tidak akan papa dengan bersedekah..Inilah konsep yang saya ingin amalkan dalam NORA'S CHOC..walau sebanyak mana pun harta yang kita ada..belum mampu menjamin tempat kita disana..maka bersedekahlah sebanyak mungkin..dan mesti seikhlas hati..jangan bersedekah kerana mahu dipuji..jangan bersedekah kerana mencari publisiti..jangan bersedekah kerana mahu mempromosi produk..bersedekahlah dengan setulus hati...mereka yang menerima sedekah anda belum tentu akan membalasnya..tetapi Allah membalasnya dengan berbagai - bagai cara..kadang-kadang tanpa kita duga...Jika tidak punya wang ringgit untuk disedekahkan..bersedekahlah dengan tenaga empat kerat anda..paling mudah.bersedekahlah dengan senyuman anda..



YAKINLAH..REZEKI ALLLAH ADA DIMANA-MANA
Saya sendiri tidak faham akan sikap orang melayu yang penuh dengan penyakit hasad dengki..kadang - kadang saya malu untuk mengaku yang saya ni orang melayu..saya lebih selesa dengan gelaran muslimah..kenapa orang melayu penuh dengan hasad dengki..tidak berimankah mereka..Tapi yakinlah..Allah sentiasa bersama orang -orang yang benar...Yakinlah Rezeki Allah ada dimana - mana..Yang penting carilah keberkatan dalam setiap pintu rezeki...Apalah gunanya rezeki kalau tidak mendapat keberkatan Allah swt..
JANGAN KAMU SANGKA KAMU TELAH BERIMAN..MELAINKAN KAMU TELAH DIUJI..
Ya..saya sedang diuji Allah..dan ujian ini betul- betul menguji tahap keimanan saya...diujinya dengan pelbagai cara..dan saya yakin...Allah masih bersama-sama saya..dan saya merasainya dalam setiap detik geraklaku  saya..
MUNAJATKU DIRAMADHAN INI..
YA ALLAH...JADIKANLAH PEKERJAANKU INI LEBIH MENDEKATKAN KU KEPADAMU..RAHMATILAH NORA'S CHOC...BERKATILAH NORA'S CHOC..MURAHKANLAH REZEKI NORA'S CHOC..BUKAKANLAH PINTU - PINTU KEBAIKAN UNTUK NORA'S CHOC..HANYA ENGKAU YANG MAHA TAHU BAHAWA SETIAP BUTIR COKLAT KELUARAN NORA'S CHOC DIIRINGI KALIMAH SUBHANALLAH..ALHAMDULILLAH..ALLAHUAKBAR...SETIAP PROSES PEMBUATAN NORA'S CHOC DISULAMI DENGAN ZIKRULLAH...DENGAN HARAPAN NORA'S CHOC BOLEH MEMBANTUKU MENUJU KE PINTU SYURGA...AMINN YARABBAL ALAMIN....30 SYA'BAN1430
IINSYAALLAH..INSYA ALLAH..INSYA ALLAH..


Ramadahan dan syawal dah lama berlalu...begitu cepat masa berlalu meninggalkan kita..kita Zulkaedah menjelma pula..bakal2 haji pastinya sudah bersiap sedia untuk menunaikan ibadah haji...tergerak dihati ini untuk mula menabung untuk menunaikan fardhu haji..kalau boleh biarlah ianya datang dari hasil jualan coklat..InsyaAllah..dimana ada kemahuan ..pasti ada jalan..
18 oktober 2010...
Melangkah setapak lagi..sudah terbit pelbagai keluaran produk baru..antaranya CHOC BOX..dibuat khas semperna birthday suami tercinta..masih belum sempurna..tapi boleh laa..

menyusul pula.. OREO CHOC..

sebelum tu ada produk Wedding & ENgagement Packaging..

cantikkan...memang dah lama tak update blog ni ..sebab sibuk siapkan tempahan..ape2 pun ALhamdullillah...ThanK YOU ALLah..
Aktiviti terkini...
Betapa bersyukurnya diri kerana diberi peluang untuk mempamerkan produk di Program Pembangunan Keusahawanan MPKK..anjuran Majlis Perbandaran Kulim..dari 16/10/2010 - 3/11/2010 di Medan Citarasa Kulim..

menu tetap WCM KANDAQ TT..





1/12/2010...
Dah lama saya tak update blog nie...kali terakhir bulan november dulu..tarikh mmg tak ingat..busy siapkan tempahan ...almaklumlah hujung tahun nie ramai banyak acara jamuan akhir tahun kat sekolah..tak dinafikan majoriti pelanggan adalah dari golongan pelajar sekolah..
Actually banyak lagi gambar yg tak diupload..banyak jugak produk baru yang dah berada dipasaran..antaranya flora fauna lollipop..Alhamdullillah mendapat sambutan yg menggalakkan..terkini ada produk strawberry choc, peppermint choc., manggo choc, Durian D24 choc..choc box pun dah ada yg baru....kebanyakan mould dibeli dari KL..kat sini takde..
Bulan Disember ni bisness slow sikit..adatla org berniaga..kadang2 untung banyak..kadang2 untung sikit..kadang2 tak de bisness langsung...tapi sepatutnya time ni la kita create produk baru..sambil cari market baru..
Ape2hal pun Alhamdulillah..berkat usaha dah nampak..boleh ganti langsir baru utk raya, beli kipas kat dapur, bagi duit raya...dan yg paling penting Trip ke Hatyai bersama family..InsyaAllah...11/12 nie..

Ini le Strawberry choc..cantik tak..

ni pulak assorted choc..strawberry + Manggo + Peppermint + Durian D24..

 
 
S.M.K. BUKIT JAMBUL'S CANTEEN DAY..
NORA'S CHOC bersama Kelab Badminton S.M.K Bukit Jambul Penang pada 7 hb Ogos 2010, bermula 7 pagi hingga 6 petang. Alhamdulillah sold out..



SAMBUTAN HARI RAYA TAMAN MURNI INDAH, LUNAS

 
WISH CLUB RAYA OPEN HOUSE



CHOCOLATES FOR BIRTHDAY PARTY...HAPPY BIRTHDAY MIA..

CHOCOLATE UNITED OLD FRIENDS..

 latest activity by NORA'S CHOC

NORA'S CHOC AT MAJLIS IHTIFAL PASTI AL-FALAH







No comments:

Post a Comment