Berasaskan konsep memenuhi tuntutan Fardhu Kifayah untuk membekalkan coklat buatan tangan yang diadun dengan resepi istimewa, tanpa sebarang bahan pengawet, disulami dengan zikrullah dan bacaan ayat2 AL- QURAN untuk menjamin produk NORA'S CHOC HALAL, suci lagi bersih.Siti Khadijah isteri baginda dijadikan IDOLA, menjalankan perniagaan untuk menghubungkan silaturrahim dan beramal jariah serta menyumbang kepada AGAMA..
Tuesday, 31 May 2011
Selamat Bertunang..
ini order dari kawan mak kat Batu Gajah Perak untuk majlis pertunangan anaknya...esok nak kena pos..
Thursday, 26 May 2011
Kuntuman Mawar Merah utk Sambutan Hari Guru
Order ni dari kawan sekolah masa kat Sekolah Menengah Teknik Ipoh tahun 1986 - 1987, lebih 20 tahun kami terpisah..last 2 jumpa kat fb..baru pagi tadi saya sempat jumpa dia secara life..sekejap tapi penuh makna..Quality Time tu..Alhamdulillah NORA'S CHOC dapat menghubungkan semula persahabatan yg sekian lama terputus ditelan masa..kuntuman ni utk anak2 dia bawa ke sekolah esok..ada sambutan Hari Guru..
Wednesday, 25 May 2011
NORA'S CHOC bersama student Politeknik Sultanah Bahiyah..
NORA'S CHOC amat berbesar hati kerana sering dijadikan bahan rujukan kepada student perakaunan dari Politeknik Sultanah Bahiyah untuk menyiapkan tesis tahun akhir mereka...semoga mereka ini akan berjaya menjadi usahawan juga..
Door Gift 2pcs with Almond & Durian Falvor
Order ini dari Kak Faridah untuk kawannya , yg kebetulan melihat gambar ni kat facebook saya..Kak faridah ni salah seorang dari org yg memberikan sokongan kpd NORA'S CHOC sejak dari awal penubuhan kami..
NORA'S CHOC amat berbesar hati untuk menyiapkan tempahan ini walaupun terpaksa bersengkang mata hingga ke pagi..
NORA'S CHOC amat berbesar hati untuk menyiapkan tempahan ini walaupun terpaksa bersengkang mata hingga ke pagi..
Sunday, 22 May 2011
Wedding Door Gift lagi..
Dizaman yg serba mahal ni..everything must be practical..kita nak bagi hadiah utk tetamu yg datang..dalam masa yg sama budget yg ada perlu diambil kira..Cantik! Murah dan Sedap..kurangkan pembaziran..semoga hadiah yg kita berikan mendapat keberkatan...
Tuesday, 17 May 2011
2nd order by Kak Hana..
Tak sampai sehari selepas Kak Hana order untuk anak murid dia..tempahan ke-2 menyusul pula..katanya "tak cukup stok hari tu.., tak sampai sejam dah sold out "..
Teacher's Day Gift
Apa jua kehendak pelanggan, pasti akan dilayan..produk yg asalnya utk doorgift, berubah menjadi Teacher's Day Gift...apa2 pun kita layan je..
Wednesday, 11 May 2011
Door Gift 3pcs
Tempahan dari Kak Hana..yg mengajar di SK Sg. Karangan , Kulim..pelanggan tetap saya ni..anak2 murid dia sentiasa menantikan kehadiran coklat darinya..Berkat doa Kak Hana sewaktu beliau menunaikan fardu haji tahun lalu..tempahan tak pernah putus..Alhamdulillah..terima kasih Kak Hana..
Teachers Day Gift
Ini tempahan dari Cikgu Ainonnazli dari SK Changkat Jong..Teluk Intan Perak untuk majlis sambutan Hari Guru 16 Mei disekolah beliau..semoga berpuas hati dengan produk kami..
Jambangan Mawar Merah
Memang impian saya nak bagi kesedaran pada masyarakat supaya kurangkan pembaziran..tapi macam mana..selalunya kita bagi jambangan bunga untuk meraikan sesuatu yg istimewa..mahal tu..lepastu layu pulak..so ini solutionnya..bagi jambangan bunga yg dibuat dari coklat..TANPA PEMBAZIRAN..bunga dapat coklat pun dapat..
Cantikkan..sama je dgn jambangan bunga yg kat kedai tu..bezanya ia boleh dimakan..
Cantikkan..sama je dgn jambangan bunga yg kat kedai tu..bezanya ia boleh dimakan..
Subscribe to:
Posts (Atom)